5 Tips Untuk Nampak Kurus On Your Wedding Day

Artikel kali ini sesuai untuk bakal pengantin yang tarikh persandingan atau nikah sudah dekat dan sudah tidak sempat lagi untuk diet atau kuruskan badan dengan exercise.

We understand, sometimes kita busy dengan persiapan kahwin tidak sempat nak ikut diet plan dan exercise routine untuk kuruskan badan bagi hari persandingan anda. Hehehe…it’s ok… since sudah last minit. Sila gunakan 5 tips dibawah ini.

Diharap ia dapat menolong secara tak langsung. Tips ini saya sudah kongsikan di IG kami a few weeks back cuma dalam blog post ini saya huraikan dengan lebih panjang lebar supaya anda lebih paham.


1. Pilih Dress/Baju pengantin yang bersesuaian dengan bentuk badan.

Bentuk badan setiap orang adalah berbeza-beza. Oleh itu anda kena tahu bentuk badan anda dalam kategori yang mana. Dibawah ini saya attached kan infographic about bodyshape. Infographic ini saya dapat dari site MajesticWedding.

Body Shape Infographic

Terdapat 5 jenis bentuk badan dan setiap kategori ini ada fesyen potongan yang bersesuaian dengannya. Jika kena dengan design pasti anda akan kelihatan kurus dan ramping. Bincanglah dengan your designer atau butik pengantin anda ketika memilih baju untuk sandingan anda.

Lagi satu cara, cuba anda tiru gaya artis yang punya bentuk badan yang lebih kurang dengan anda. Kalau jumpa gambar kahwin atau persandingan mereka lagi bagus. Lagi senang nak tiru. Here I attached a few sample of pictures untuk rujukan anda.


2.Pakai pakaian dalam like “Corset” and “Girdle”

Ini sangat penting ok! Kalau kurus pon dinasihatkan pakai jugak pakaian dalam corset ataupon girdle kerana dress anda akan nampak lagi smooth dan cantik. Tiada garis-garisan yang tidak patut kelihatan seperti garis seluar dalam or panties di punggung anda. Nanti kalau Photographer tercapture gambar tu macam mane? Hehehee…

Corset and girdle ini boleh meratakan lemak-lemak dibadan anda especially bahagian perut dan punggung. Kalau tak pakai nanti time duduk lagi laa spare tyre anda terkeluar dan tidak dapat dibendung lagi…

 

Corset and girdle ini memang la mahal tapi trust me it is a good investment and you can wear it many times. Lepas kahwin boleh guna pakai untuk pegi open house ke.. hehehehee kenduri kawan-kawan bridemaids anda ke… Sebab bila pakai pakaian dalam ini, perut anda akan terasa tersekat sikit so anda akan secara tak langsung akan makan kuantiti yang kurang dari biasa. Sebab anda akan terasa cepat full. Ini pengalaman saya…biar makan sikit janji nampak kurus dan ramping!


3. Elakkan makan berangin dan bergas.

Kalau boleh seminggu sebelum tarikh nikah anda, cuba elakkan makanan yang berangin dan gassy.
Contoh seperti kacang-kacang…kacang tanah…kidney beans..kacang hijau.. Minuman berkarbonat atau air gas. Dan juga dairy product such as Chocolate, susu lembu, ice-cream, cakes and desserts. Ini untuk mengurangkan perut buncit atau pon “bloating”.


Kalau nak lagi bagus cuba diet dari minuman bergula dan anything yang ada gula. Gula tak elok untuk kesihatan. Kalau rase craving something sweet cuba tukar makan buah-buahan dan kurma instead of chocolate or ice – cream. Buah-buahan high fibre and it takes longer to processed. Less calories.


4. Body Posture. Duduk tegak dan jangan membongkok


Ok ini tips penting untuk time duduk dekat pelamin. Make sure anda duduk tegak dan luaskan dada anda. Jangan membongkok tau! Bila anda betulkan posture duduk anda akan serta merta anda nampak kurus. Kalau tak percaya cuba tengok gambar bawah ini. Saya dapat dari website Brightside. Mereka ada kongsikan dengan lebih detailed about 11 tricks for perfect posing untuk nampak kurus.


Pic credit to Brightside


Kalau takut terlupa anda boleh mintak tolong pengapit anda untuk sentiasa ingatkan anda supaya betulkan posture badan anda. Dulu time saya kahwin saya suruh pengapit saya ingatkan sebab saya memang bongkok orangnya. Mak saya selalu ketuk belakang saya time makan sebab die kata saya bongkok sabut. Kenape sabut? Saya pon tak tahu…itu memang phrase yang biasa digunakan untuk orang bongkok.


5. Cross your leg ketika bergambar.

Tips terakhir ini pon lebih kurang macam yang no.4 tadi. Kalau anda baca artikel Brightside tadi mereka juga ada mentioned benda yang sama. Bila bergambar berdiri, cuba anda letakkan salah satu kaki anda dihadapan. Contoh silangkan kaki dan letakkan kaki kanan dihadapan kaki kiri. Lepas itu tangan anda pula cuba letakkan di bahagian pinggang satu dan satu lagi dibahagian peha. Posing ini akan create some kind of ilussion and anda akan nampak lebih kurus dan ramping. Kalau tak percaya boleh tengok gambar dibawah ini saya ambil dari artikel Brightside tadi sebagai rujukan.


Bila time bergambar berdua dengan pasangan anda nanti. Pepandailah adaptkan gaya ini dengan pasangan anda. Buat biar nampak natural and bersahaja. Tips ini boleh diguna pakai bukan time sanding jer.. Time bergambar bersahaja untuk Instagram anda pon boleh cuba nanti. Pernah tak anda jumpa spot yang cantik untuk gambar Instagram. Pastu anda pon suruh suami atau BF anda untuk ambilkan gambar anda. Tapi tiba-tiba anda tidak tahu nak pose macam mane.. rase mcm keras dan kaku. Apa kata kalau dalam situasi begini anda cuba posing no.5 ni. Cuba laa pasti lepas ini, anda suka dengan hasilnya lalu semua gambar pon nak posing macam ini…hehehhe… that’s what happen to me.


Ok berikut adalah 5 tips untuk anda nampak kurus di hari persandingan anda tanpa Exercise ataupon Major Diet plan. Yang penting, anda happy on your wedding day. Jangan stress-stress ok!

All the best for your wedding. Jika anda perlukan barangan hiasan untuk majlis perkahwinan anda.

Akudankraf ada menyediakan pilihan banyak barangan untuk majlis perkahwinan antaranya cake topper, guest book, mock up cheque serta engraved hanger props untuk deko majlis anda di dalam bajet yang sangat berbaloi.

Klik here for beautiful wedding stuff :
https://www.akudankraf.com.my

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Open chat